Pages

Subscribe

Selasa, 24 November 2009

Payment kena Hold oleh PayPal


Payment kena Hold oleh PayPal
Beberapa hari lepas, satu daripada payment yang saya terima daripada sorang pelanggan saya daripada US untuk barang yang saya jual di ebay oleh PayPal. Masalah ni boleh menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penjual di ebay kerana saya menggunakan dropshipper sebagai pembekal untuk barang2 yang telah saya listkan di ebay. Di sebabkan payment yang telah di hold oleh PayPal, saya tidak dapat membuat pesanan kepada dropshipper.
Mengapa Bayaran dari pelanggan di Hold oleh Paypal?
PayPal akan menahan/hold bayaran daripada pelanggan kita atas beberapa faktor. 
-     Usia akaun ebay kurang daripada 6 bulan atau menjual barang melebihi $100. 
-    Akaun ebay anda mempunyai feedback kurang daripada 100. 
-    Purata DSR kurang dari 4.5. 
-   Buat listing barang berisiko tinggi.
PayPal tidak akan sekat bayaran jika
-     Usia akaun Ebay anda lebih dari 6 bulan. 
-     Ada feedback 100 dan lebih.
Cara untuk mengelakkan Bayaran di sekat oleh PayPal 
-     Perbaiki DSR feedback rating anda.

P/S: Pada pembaca2, sila tinggalkan komen tentang topik ni dan pada otai2 ebay, mari la kongsi
       dengan kami yang NewBie ni :p

Rabu, 28 Oktober 2009

Kini, anda boleh keluarkan wang PayPal anda ke Akaun Bank di Malaysia

Pada pelanggan2 PAYPAL dan juga peniaga2 di Ebay di Malaysia, saya nak sampaikan berita baik untuk anda. Kini anda sudah boleh mengeluarkan wang anda terus ke akaun bank di Malaysia. Jadi kita tak perlu lah menggunakan kad debit/kredit sebagai medium untuk mengeluarkan wang Paypal. Untuk mengetahui caj yang akan di kenakan untuk mengeluarkan wang Paypal anda ke akaun bank di Malaysia, anda boleh rujuk screen shot di bawah:



Berdasarkan caj di atas, anda boleh pilih sendiri sama ada tetap mahu menggunakan Kad Debit/Kredit untuk mengeluarkan wang anda ataupun mengeluarkan terus ke akaun Bank di Malaysia. Buatlah pilihan bijak ye. Untuk cara me'LINK'kan akaun bank anda dengan Paypal, anda boleh tonton video di bawah:



SENARAI MEPS Bank Routing Code






Bank Name
MEPS Bank Routing Code
AFFIN BANK BERHAD
PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
MFBBMYKL
AMBANK BERHAD
ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
BIMBMYKL.
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD
BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD
BMMBMYKL
BANK OF AMERICA
BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL
BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD
BSNAMYK1
CITIBANK BERHAD
CITIMYKL
DEUSTCHE BANK
DEUTMYKL
EON BANK BERHAD
EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD
HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD
HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD
MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD
OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD
PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD
RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD
SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS)
ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK
UOVBMYKL

Ahad, 25 Oktober 2009

Kisah Pengalaman seorang IM dalam DiariIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada post saya kali ini, saya ingin mengulas sedikit tentang produk terbaru Saudara Yazid Yahaya yang merupakan salah seorang IM terkemuka tempatan. Beliau telah melancarkan sebuah produk percuma DiariIM yang mengandungi kisah bagaimana Saudara yazid mula menceburkan diri dalam IM dan suka duka untuk berjaya sehingga tahap sekarang. Beliau melibatkan diri menjadi Blogger,berniaga di laman web Ebay, menjadi penulis ebook dan juga penulis buku dan dalam masa yang sama beliau juga penuntut sebuah universiti.

Di dalam DiariIM ini beliau menceritakan bagaimana beliau mula menghasilkan pendapatan dari internet. Beliau menceritakan serba ringkas bagaimana beliau menjana pendapatan melalui ebay, dan menceritakan bagaimana membuat duit dengan Blogging. Bagi mereka yang baru mula nak berjinak2 untuk menjana pendapatan daripada internet, anda perlulah belajar dan salah satu caranya, anda boleh membaca tentang pengalaman mereka yang sudah berjaya menjana wang melalui internet seperti Saudara Yazid. Dari pengalaman mereka, anda boleh jadikan teladan dan kita tak perlu melalukan kesalahan2 yang telah mereka lakukan yang menyebabkan mereka gagal. Banyak manfaat yang akan kita perolehi daripada DiariIM ini. Jadi kepada yang berminat, boleh la download DiariIM ini secara percuma.

P/S: untuk download, sila klik di sini





Selasa, 13 Oktober 2009

Anda tak akan menyesal download ebook ini.

Hai pembaca sekalian, pada post kali ini, saya nak rekomen anda untuk download ebook percuma yang di karang oleh saudara Jamal dan nama beliau sudah tidak asing lagi dalam dunia perniagaan internet. Beliau menulis ebook ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri berkecimpung dalam penulisan ebook. Anda pasti pernah dengar tentang ebook www.kerja-kerajaan. com, www.rahsiablog.com dan www.rahsiaemas.com.

Tanpa berceloteh panjang lagi, saya ingin straight to the point, dengan mendownload ebook ini, anda akan di dedahkan dengan cara bagaimana mencari idea menulis ebook, niche2 ebook popular yang mudah di jual, bagaimana mengkaji permintaan terhadap ebook, langkah2 menulis ebook dan yang paling best sekali bagi saya, kita di dedahkan bagaimana cara nak promosi ebook kita dan cara promosi ini adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Bukanlah satu perkara yang mudah ye untuk pasarkan eboook kita. Jadi jangan ambil mudah, jika anda dapat hasilkan produk ebook anda sendiri, tetapi anda tak tahu bagaimana cara nak kenalkan produk anda pada orang lain, tak tahu bagaimana nak pasarkan ia, di sinilah pentingnya untuk belajar teknik promosi dan memaksimumkan jualan produk anda.

P/S: anda tak akan menyesal mendownload ebook ni, walaupun percuma, tapi sangat berguna kerana anda juga di dedahkan teknik promosi ebook anda.

Ahad, 11 Oktober 2009

Apa Itu PPL?

Saya yakin, masih ramai yang tak tahu apa itu PPL, dalam post saya pada kali ini saya akan terangkan tentang apa itu PPL(pay per lead) bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan mereka yang masih baru nak berjinak2 dengan dunia perniagaan internet. Tetapi bagi yang dah otai, sudah semestinya tahu apa itu PPL.

PPL sebenarnya adalah salah satu teknik marketing yang di gunakan oleh IM(internet marketer) untuk mengumpulkan mailing list, jadi mereka melaburkan sedikit wang untuk di tawarkan kepada mereka yang mendaftar sebagai affiliate mereka. IM akan menyediakan sebuah ebook/laporan percuma untuk di sebarkkan kepada kenalan/mailing list affiliate mereka. Biasanya IM akan menawarkan RM0.50-RM1.00 untuk setiap download yang berlaku hasil daripada promosi affiliate mereka.

Kepada yang tidak tahu, mereka mungkin beranggapan bahawa PPL ni adalah scam, tetapi realitinya tidak, dengan program PPL yang di tawarkan, anda berpeluang download ebook/laporan yang berguna dan boleh di jadikan panduan, dan yang paling penting, ianya PERCUMA. Untuk menyertai PPL, anda tidak perlukan modal, tetapi anda hanya perlu download ebook/laporan percuma yang di tawarkan, daftar sebagai affiliate dan promote link affiliate anda. Berkenaan pendapatan yang anda boleh perolehi, bergantung pada usaha anda. Untuk menyertai PPL, anda haruslah meneliti terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Promosi Ruang Iklan Percuma




Kepada pelawat2, berminat untuk meletakkan iklan anda di blog saya??? Anda boleh mengiklan di blog saya secara percuma!!! Ya, percuma sehingga penghujung bulan ini!!!

Promosi

Percuma iklan di ruangan C dan D.

RM2 seminggu di ruangan A dan B

Untuk mengiklan, sila hantarkan email kepada saya, ruangan cepat, siapa cepat dia dapat.

Sesiapa yang berminat, sila emailkan code iklan anda kepada saya.
Email= chakbiz.gmail.com

Sabtu, 3 Oktober 2009

Dapatkan ebook Panduan Click Bank Pada Harga Diskaun

Bermula pada 2 Oct jam 4.30pm saudara Mawardee telah menawarkan sebuah ebook 'Panduan ClickBank' yang telah beliau hasilkan pada harga diskaun,jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook ini dengan harga yang murah kerana saudara Mawardee akan menaikkan harga dan akan menutup jualan ebook ini pada 12/10/09 dan jualan akan di tutup selamaya. Jika anda tercari2 peluang untuk membuat duit di internet, ebook ini sangat sesuai dengan anda kerana ia menerangkan teknik2 yang boleh digunakan untuk menghasilkan pendapatan di ClickBank.

Apa yang menarik, saudara Mawardee juga menawarkan banyak bonus2 percuma khas untuk 200 pembeli terawal dan bonus2 ini sudah tentu sangat berguna untuk anda.

Untuk maklumat lanjut, sila klik untuk di sini 'Panduan ClickBank'

Khamis, 1 Oktober 2009

PPL RM1-RM2 dari Saudara Mawardee

Pada 29Sept lepas saudara Mawardee telah melancarkan PPL dan beliau menawarkan RM1-RM2 untuk setiap lead yang kita bawa. Saudara Mawardee menawarkan kepada kita untuk download laporan 10 Teknik Baru Clikbank dan laporan ini sangat berguna kerana dalam laporan ini, banyak perkara yang akan di dedahkan dan kita boleh mendapatkan laporan ini secara percuma. Program PPL ini akan di tamatkan pada '2 Oct' dan selepas '2 Oct' anda tidak akan dapat lagi peluang mendapatkan bayaran PPL 10 Laporan Baru Teknik Clickbank ini. Anda mempunyai masa yang begitu singkat untuk mendapatkan laporan ini kerana ia akan di tutup tidak lama lagi.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran daripada PPL ini dengan download laporan ini secara percuma, dan anda tidak akan rugi, malah mendapat manfaat dari laporan ini.