Pages

Subscribe

Ahad, 11 Oktober 2009

Apa Itu PPL?

Saya yakin, masih ramai yang tak tahu apa itu PPL, dalam post saya pada kali ini saya akan terangkan tentang apa itu PPL(pay per lead) bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan mereka yang masih baru nak berjinak2 dengan dunia perniagaan internet. Tetapi bagi yang dah otai, sudah semestinya tahu apa itu PPL.

PPL sebenarnya adalah salah satu teknik marketing yang di gunakan oleh IM(internet marketer) untuk mengumpulkan mailing list, jadi mereka melaburkan sedikit wang untuk di tawarkan kepada mereka yang mendaftar sebagai affiliate mereka. IM akan menyediakan sebuah ebook/laporan percuma untuk di sebarkkan kepada kenalan/mailing list affiliate mereka. Biasanya IM akan menawarkan RM0.50-RM1.00 untuk setiap download yang berlaku hasil daripada promosi affiliate mereka.

Kepada yang tidak tahu, mereka mungkin beranggapan bahawa PPL ni adalah scam, tetapi realitinya tidak, dengan program PPL yang di tawarkan, anda berpeluang download ebook/laporan yang berguna dan boleh di jadikan panduan, dan yang paling penting, ianya PERCUMA. Untuk menyertai PPL, anda tidak perlukan modal, tetapi anda hanya perlu download ebook/laporan percuma yang di tawarkan, daftar sebagai affiliate dan promote link affiliate anda. Berkenaan pendapatan yang anda boleh perolehi, bergantung pada usaha anda. Untuk menyertai PPL, anda haruslah meneliti terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

0 ulasan:

Catat Ulasan